Junjungan kita Rasullulah S.A.W serta
para nabi dan rasul adalah merupakan contoh terdekat yang mengamalkan
ketaqwaan kepada Allah S.W.T secara berterusan. Terdapat banyak alasan
kenapa Allah begitu menekankan soal ketaqwaan kepada setiap muslim.
Antaranya kerana taqwa adalah penting dalam usaha merealisasikan konsep
kehambaan terhadap Allah S.W.T.. Kepatutahan kita kepada Tuhan yang
menguasai segalanya adalah penting,oleh itu kita diwajibkan patuh
kepada-Nya. Selain itu, ia adalah penting untuk meneguhkan pegangan
manusia dengan mentauhidkan Allah. Pegangan kita dalam usaha
mentauhidkan Allah adalah agama Islam,jadi kita perlulah mengamalkan
secara menyeluruh apa yang telah diperintahkan kepada kita.
Mengingatkan manusia agar menjauhi larangan Allah. Taqwa penting bagi mengelakkan kita dari terjebak dalam perkara yang berkaitan kejahatan dan maksiat. Sebab lain pula adalah untuk menyedarkan manusia supaya tidak menyalahgunakan nikmat Allah. Nikamt yang telah dikurniakan perlulah digunakan ke jalan kebaikan bukannya ke jalan kejahatan. Oleh itu,taqwa penting dalam mendidik diri kita supaya sentiasa mensyukuri segala nikmat yang telah dibagi oleh-Nya. Tambahan pula,manusia perlu bertaqwa bagi membolehkan manusia membuktikan keimanannya kepada Allah S.W.T. Ketaqwaan akan membawa terus kepada tahap keimanan yang menjadi asas sebagai muslim bertaqwa. Sebagai makhluk ciptaan Allah, kita perlulah sentiasa berusaha meningkatkan keimanan kepada-Nya. Selain itu, dengan adanya sifat taqwa dalam diri kita akan membolehkan manusia mudah untuk mendapat kejayaan hidup di dunia dan di akhirat. Sifat taqwa mengajar kita supaya sabar berusaha dalam mendapatkan kehidupan yang lebih baik lagi.
Ketaqwaan juga dapat mengajar manusia membezakan antara perkara yang baik dengan perkara buruk. Adanya taqwa dapat mendidik hati kita untuk menentukan sesuatu perkara dengan betul dan terbaik. Kita perlulah menggunakan akal dengan sebaiknya demi kebaikan diri sendiri. Taqwa juga mengajar manusia agar sentiasa bercakap benar. Percakapan yang benar dapat membentuk jati diri yang mulia. Berbicara benar akan disukai oleh Allah dan masyarakat sekeliling. Terdapat lagi sebab-sebab lain iaitu, supaya manusia terselamat dari tergolong orang fasik,supaya manusia makan dari hasil yang halal,dapat mewujudkan perasaan takut manusia terhadap hari kiamat,supaya manusia tidak mengikuti jejak orang kafir,selain itu supaya manusia menjaga maruah sesama muslim,mewujudkan nilai perpaduan dalam masyarakat dan supaya manusia tidak mendahului Allah dan Rasul dalam menetapkan sesuatu hukum.
( sumber )

Tidak ada komentar:
Posting Komentar